WHAT'S NEW?
Loading...

Elakkan IP anda dicuri oleh Penggodam!



Salam dan selamat sejahtera.Tajuk entri kali ni agak serius sedikit.hehe.Kali ini Malik akan cuba terangkan betapa pentingnya IP(Internet Protokol) Address bagi seorang penggodam dan cara untuk lindungi IP anda dari dicuri oleh penggodam.


Tahukah anda? segala aktiviti anda di atas talian(online) semuanya disambungkan ke IP anda dan sesiapa sahaja  boleh mendapatkan maklumat IP ini dengan senang dan mudah dengan adanya web yang menyediakan servis mencari maklumat IP atau menggunakan perisian.

Kenapa IP penting dan apa kesannya jika tidak disembunyikan? Alamat unik IP anda terdedah setiap kali anda melawat sesebuah website. Alamat IP anda adalah identiti dalam talian dan boleh digunakan oleh para penipu dan penggodam untuk menceroboh masuk ke komputer anda, mencuri maklumat peribadi atau data sensitif seperti nombor kad kredit atau butiran perbankan, atau juga melakukan kejahatan lain terhadap anda.
Antara kejahatan lain tersebut adalah seperti menhantar virus yang boleh membuatkan Sistem Operasi Windows anda kucar-kacir dan itulah salah satu sebab ramai pengguna terpaksa format komputer@Komputer riba mereka.

Amacam? Takut tak? hehe. Kalau anda dah mula rasa risau,marilah sama-sama kita sembunyikan IP kita dari dicuri oleh penggodam yang tak beretika di luar sana. Banyak perisian dan servis VPN(virtual Private Networking) telah Malik jumpa dan cuba.Antaranya perisian Ultrasurf.Secara ringkas tentang Ultrasurf-
Ultrasurf ini berfungsi dengan cara menyorokkan IP asal,menggunakan IP serta port alternatif untuk melakukan web surfing dengan selamat tanpa sebarang sekatan.Ianya telah dibangunkan oleh sekumpulan peniaga-peniaga yang berjaya di china apabila mereka melihat situasi sekatan website yang agak berat di negara mereka.Cara nak menggunakannya pun senang sahaja.


Pergi ke web whatismyipaddress.comuntuk mengetahui alamat IP asal anda.
Download Ultrasurf 10.10 disini.


password-malikperang


Cara nak guna-
1.Extract file.
2.Double klik file Ultrasurf 10.10 dan tunggu sehingga koneksi(connection) disambungkan pada server Ultrasurf.


Selepas sambungan sudah berjaya pada server Ultrasurf,lihat semula whatismyipaddress.com untuk mengetahui samaada IP anda sudah ditukar atau tidak.Jika IP anda masih lagi IP asal,maknanya sambungan masih belum berjaya.anda harus cuba sekali lagi sehingga ia betul-betul disambungkan ke sever Ultrasurf.

Baiklah,Malik harap anda dah boleh faham serba sedikit tentang kepentingan IP dan cara menyembunyikannya menggunakan servis VPN yang ada.Jika anda nak tahu lebih mendalam lagi tentang Servis VPN,anda boleh melayari MyHackersAreHere.com.Banyak entri tentang servis vpn telah dikarang oleh Mr.Hac dan Penulis lain yang memang pro tentang Dunia IT di web itu. Malik juga selalu belajar dan merujuk sumber-sumber yang berguna dari Myhackersarehere.Malik juga berharap blog Malik ini akan mempunyai Domain dan Hosting sendiri dan dapat menjadi seperti myhackersarehere.com  yang mempunyai banyak maklumat untuk dipelajari.Doakanlah ye.


Oh ye.ada lagi sedikit info yang Malik nak tambah.Sabar ye,sikit je lagi.hehe.Info ini diambil dari   E-Book yang ditulis oleh Arya Putra iaitu pengasas@ founder myhackersarehere.com yang telah Malik muat turun dari web beliau.


Ini adalah infonya-
Antara sebab mengapa anda perlu menyembunyikn IP.

1. Alamat IP anda membolehkan penggodam menyusup masuk ke komputer anda.
2. Penggodam boleh mengakses kandungan peribadi pada komputer anda untuk mendapatkan akses kepada nombor kad kredit anda, akaun bank, kata laluan yang tersimpan untuk laman-laman web dan banyak lagi.
3. Pencuri identiti dapat mengesan aktiviti anda dan membina profil kepenggunaan internet anda.
4. Menyembunyikan alamat IP boleh membuatkan pembekal enjin carian berhenti/tersekat daripada mengumpul dan merakam maklumat tentang sejarah (history ) internet anda dan kebiasaan carian, dan membocorkan maklumat tersebut kepada orang lain.
5. Orang yang mempunyai rekod alamat IP anda, boleh gunakan ia untuk menyekat anda daripada menyertai dalam laman-laman tertentu seperti forum, atau laman permainan atas talian.
6. Maklumat peribadi anda boleh digunakan untuk menghantar spam dan junk email oleh marketer yang telah mengumpulkan maklumat tentang minat
anda dan mengetahui alamat IP anda.

Itu sahaja untuk entri yang agak panjang kali ini.Salam Hormat. 

3 comments: Leave Your Comments

  1. ohoooo , takut bila baca entry nyhh. but , seriously zyma tk fhm IP tu apa. haha

    ReplyDelete
  2. yeke.hehe.cuba zyma pergi sini www.whatismyipaddress.com.kat situ boleh tgok alamat IP zyma.

    ReplyDelete
  3. dan senang untuk hakes lindungi diri mereka?

    ReplyDelete